Pakar kehidupan kanak-kanak
Pakar kehidupan kanak-kanak

Pakar kehidupan kanak-kanak

Pakar kehidupan kanak-kanak (bahasa Inggeris: Child life specialistcode: en is deprecated ) ialah profesional penjagaan kesihatan pediatrik yang bekerja untuk kanak-kanak dan keluarga di hospital yang membantu mereka menghadapi cabaran dalam bidang hospitalisasi, penyakit dan hilang upaya. Mereka melayan kanak-kanak itu dengan persediaan yang sesuai dan telah ditetapkan dengan umur kanak-kanak untuk prosedur perubatan, pengurusan kesakitan dan strategi daya tindak (atau strategi koping), aktiviti bermain dan ekspresi diri. Mereka juga berfungsi sebagai memberikan maklumat, sokongan dan bimbingan kepada ibu bapa, adik-beradik, dan ahli keluarga yang lain.[1]